Saturday, April 09, 2011

Definisi Isipadu Cecair

Definisi  Isipadu Cecair
 By
M Hanafi Said

Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu  bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan ‘non standard units’ atau  unit bukan piawai (lebih atau kurang) dan ‘standard unit’ atau  unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik. Penyiasatan jumlah cecair yang boleh mengisi bekas yang berlainan bentuk dan saiz. Guru boleh menggunakan bahan-bahan yang dikumpulkan seperti botol air mineral, pasu, mangkuk dan lain-lain untuk membuat ujikaji tentang pengukuran isipadu  yang terkandung dalam sesuatu bekas. 

Kanak-kanak sering terkeliru dengan bentuk bekas yang digunakan. Mereka menganggap bahawa bekas yang tinggi mempunyai kapasiti yang lebih berbanding dengan  bekas yang rendah  yang mempunyai kapasiti yang kecil. Kemahiran membanding beza isipadu cecair  di antara dua bekas yang berlainan saiz merupakan salah satu kemahiran yang agak lemah  dikuasai oleh murid. Penggunaan bahan maujud dan aktiviti yang memusatkan murid boleh dipraktikkan dalam usaha memahirkan murid dalam menguasai konsep isipadu cecair.

1.0    AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1

Bagaimana mengukur dan membanding Isipadu Cecair
Aktiviti 1:     Menggunakan Unit Bukan Piawai

Objektif :
Di akhir pelajaran, murid-murid akan dapat mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dengan betul.

Pengetahuan Sedia ada :
Murid-murid telah belajar bagaimana membanding sesuatu objek : lebih atau kurang, banyak atau sedikit, tinggi atau rendah dalam tajuk ‘Whole Numbers’.

Bahan Bantu Belajar:
Bekas yang berlainan saiz, satu baldi air dan cawan.

Kosa kata :
lebih, kurang, kosong, separuh, penuh
 
Prosedur :
1.    Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai ahli seramai 5 orang    
       untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara kooperatif.
2.    Seorang murid menjadi pencatat dalam setiap kumpulan.
3.    Berikan setiap kumpulan 4 jenis bekas yang berlainan saiz, sebaldi air dan sebiji cawan 
       kecil sebagai alat pengukur.
4.    Setiap kumpulan akan mencatat bilangan cawan  yang berisi air yang diperlukan untuk 
       memenuhi setiap bekas yang diberi dalam jadual yang disediakan.

Rajah :    Mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai

1.1     Aktiviti Pengayaan (Low achiever students )


1.2     Aktiviti Pengukuhan (High Achiever students)
Arahan:    Bulatkan bekas yang boleh mengisi banyak air dengan warna hijau dan bekas yang mempunyai sedikit air dengan merah. Kemudian tuliskan lebih atau kurang pada tempat kosong.

2.0     AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2

Objektif:
Di akhir pelajaran, murid-murid akan dapat mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit  piawai dengan betul.

Pengetahuan sedia ada:
Murid-murid telah belajar bagaimana membanding sesuatu objek : lebih atau kurang, banyak atau sedikit, tinggi atau rendah.

Bahan bantu Belajar:

-  Bekas pelbagai saiz
-  satu baldi air

Kosa kata :
lebih, kurang, kosong, separuh, penuh

Prosedur :
1.    Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai ahli seramai 5 orang  
       untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara kooperatif.
2.    Seorang murid menjadi pencatat dalam setiap kumpulan.
3.    Berikan setiap kumpulan 4 jenis bekas yang berlainan saiz, sebaldi air, dan dua selinder 
       penyukat ( satu dalam unit liter dan satu lagi dalam unit mililiter.
4.    Setiap kumpulan akan memenuhkan bekas dengan air
5.    Setiap kumpulan akan menyukat isipadu air dalam setiap bekas menggunakan selinder 
       penyukat.
6.    Setiap kumpulan akan merekodkan bacaan dalam jadual yang disediakan.

7.    Peringatan  :  Murid telah diperkenalkan dengan pertukaran unit liter dan milliliter        1 liter = 1000 milliliter

2.1     Aktiviti Pengayaan (Low achiever students )   

Arahan:     Padankan dengan jawapan yang betul


RUMUSAN
Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini, guru haruslah memikirkan dan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid , memilih bahan  bantu belajar yang sesuai dan merancangkan aktiviti yang berpusatkan murid serta  mengikut kebolehan murid agar  dapat menarik minat dan perhatian murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti pengajaran guru dan memberi kesan yang baik kepada murid.

Isipadu cecair meneroka kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas, kapasiti yang diukur terhad kepada liter(l) di dalam metrik. Cadangan-cadangan aktiviti yang sesuai untuk pengajaran isipadu cecair secara perbandingan dapat memberi kefahaman kepada murid untuk memahaminya. Pengalaman dan situasi realistik melakui pengukuran menggunakan kedua-dua unit piawai dan bukan piawai dapat membantu pembelajaran

Search This Blog