Tuesday, March 06, 2012

GLOSARY FORM 1


Glosari
By
Mohd Hanafiah B Said

A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | R | S | T | U | V | W | Z



A                                                                         Kembali
Ampere
Ampere
Unit S.I. bagi arus elektrik
Angkup
Calipers
Alat yang digunakan untuk mengukur ketebalan, jarak antara dua permukaan, atau diameter (kelebaran dalaman) suatu objek
Angkup Vernier
Vernier calipers
Alat yang boleh mengukur jarak yang pendek dengan tepat
Arang
Charcoal
Bahan hitam yang terdiri daripada kayu yang terbakar, digunakan sebagai bahan api atau untuk lukisan
Arus elektrik
Electric current
Aliran cas elektrik melalui konduktor
Atom
Atom
Bahagian unsur yang terkecil yang wujud sendiri atau bergabung dengan bahan lain untuk membentuk molekul
Ayunan
Oscillation
Pergerakan tetap sesuatu objek tergantung dari kiri ke kanan




B                                                                         Kembali
Bahan api fosil
Fossil fuel
Bahan api yang terbentuk daripada sisa-sisa tumbuhan dan haiwan berjuta-juta tahun dahulu; arang batu, minyak mentah dan gas asli adalah bahan api fosil
Bahan letupan
Explosive
Bahan yang boleh menyebabkan letusan yang kuat secara tiba-tiba
Bahan penebat
Insulator
Bahan yang tidak membenarkan haba atau tenaga elektrik untuk mengalir melaluinya dengan mudah, contohnya kayu dan getah
Bandul
Pendulum
Sebatang rod yang mempunyai pemberat pada sebelah bawah yang berayun tetap ke kiri dan ke kanan untuk mengawal fungsi jam
Bendalir
Fluid
Bahan seperti cecair dan gas yang boleh mengalir dengan mudah
Berat
Weight
Sukatan daya graviti terhadap suatu objek

Boleh ditempa
Malleable
Boleh dibentuk

Bukan logam
Non-metal
Unsur yang umumnya kelihatan pudar dan merupakan konduktor haba dan elektrik yang lemah





C                                                                         Kembali
Campuran
Mixture
Terdiri daripada dua atau lebih bahan yang tidak digabungkan secara kimia
Cecair
Liquid
Keadaan jirim seperti air dan minyak, yang dapat mengalir secara bebas dan tidak mempunyai bentuk yang tetap
Ciri
Characteristic
Sifat yang biasanya dimiliki oleh seseorang atau sesuatu


D                                                                         Kembali
Darjah Celsius (°C)
Degree Celsius
Unit sukatan bagi suhu
Daya
Force
Tolakan atau tarikan yang mengubah saiz, bentuk atau kelajuan sesuatu objek
Daya graviti
Gravitational force
Daya yang menarik suatu badan ke arah pusat Bumi
Dinding sel
Cell wall
Lapisan luar yang meliputi membran sel tumbuhan




E                                                                          Kembali
Eksperimen
Experiment
Prosedur yang dijalankan untuk menguji sesuatu hipotesis




F                                                                         Kembali
Fenomena semula jadi
Natural phenomenon
Kejadian yang berlaku dalam alam
Fotosintesis
Photosynthesis
Proses membuat makanan yang dilakukan oleh tumbuhan hijau dalam kehadiran cahaya




G                                                                         Kembali
Gas
Gas
Keadaan jirim yang tidak mempunyai bentuk dan isi padu yang tetap
Gas asli
Natural gas
Sejenis bahan api fosil
Gas nadir/gas adi
Inert gas
Gas yang tidak aktif secara kimia seperti helium, neon dan argon
Geseran
Friction
Daya yang menentang suatu permukaan daripada menggelongsor dengan mudah ke atas permukaan yang lain




H                                                                         Kembali
Haba
Heat
Kepanasan atau kehangatan; suatu bentuk tenaga yang boleh dipindahkan secara konduksi, perolakan dan sinaran
Hidroelektrik
Hydroelectricity
Kuasa elektrik yang dijana oleh kuasa pergerakan air
Hidrokarbon
Hydrocarbon
Sebatian yang terdiri daripada unsur hidrogen dan karbon sahaja
Hipotesis
Hypothesis
Suatu cadangan pendapat atau idea untuk menjelaskan pemerhatian dan hipotesis boleh diuji melalui eksperimen
Hujan asid
Acid rain
Hujan yang terbentuk apabila gas-gas seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida larut dalam air hujan



I                                                                           Kembali
Inferens
Inference
Kesimpulan yang dibuat berdasarkan sesuatu fakta
Isi padu
Volume
Jumlah ruang yang ditempati oleh suatu bahan atau objek





J                                                                          Kembali
Jerebu
Haze
Asap atau debu dalam udara yang menjadikannya susah dilihat menerusinya
Jirim
Matter
Sesuatu yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang
Jisim
Mass
Jumlah jirim dalam suatu bahan atau objek
Joule (J)
Joule
Unit S.I. bagi tenaga atau kerja yang dilakukan



K                                                                         Kembali
Kadar
Rate
Perbandingan antara dua kuantiti yang menerangkan bagaimana salah satu kuantiti berubah dengan kuantiti yang lain
Karbon
Carbon
Unsur kimia yang terdapat dalam arang, intan dan arang batu
Karbon dioksida
Carbon dioxide
Gas yang tidak berwarna dan tidak berbau yang wujud secara semula jadi dalam atmosfera dan terbentuk semasa proses respirasi
Kekenyalan
Flexibility
Kebolehan suatu bahan untuk kembali kepada bentuk dan saiz asalnya selepas dilepaskan daripada keadaan teregang
Kekerasan
Hardness
Kebolehan suatu bahan untuk merintang haus dan calar
Kekuatan regangan
Tensile strength
Kebolehan suatu bahan untuk menyokong beban yang berat tanpa terputus
Kelajuan
Speed
Jarak yang dilalui per unit masa
Kelvin (K)
Kelvin
Uni S.I. bagi suhu
Kemahiran proses asas
Basic process skills
Proses atau kaedah yang digunakan untuk menyiasat dan memahami sains
Kerosin
Kerosene
Minyak bahan api yang dibakar untuk mendapatkan haba dan digunakan dalam lampu untuk mendapatkan cahaya
Ketumpatan
Density
Jisim per unit isi padu suatu bahan
Kilogram (kg)
Kilogram
Unit S.I. bagi jisim
Klorofil
Chlorophyll
Pigmen hijau dalam tumbuhan yang menyerap cahaya Matahari bagi proses fotosintesis
Kloroplas
Chloroplast
Struktur seni dalam sitoplasma sel tumbuhan yang mengandungi klorofil
Kondensasi
Condensation
Perubahan keadaan jirim daripada gas kepada cecair
Konduksi
Conduction
Proses pengaliran haba akibat perbezaan darjah kepanasan (suhu) di sepanjang pepejal
Konduktor
Conductor
Bahan yang membenarkan haba atau arus elektrik mengalir melaluinya
Kuasa elektrik
Electricity
Bekalan arus elektrik melalui wayar yang digunakan untuk menghasilkan haba, cahaya dan menggerakkan mesin







L                                                                         Kembali
Langkah keselamatan
Safety precaution
Tindakan yang dilakukan dalam suatu penyiasatan untuk mencegah risiko atau untuk memastikan keputusan yang baik
Litmus
Litmus
Pencelup warna ungu yang digunakan sebagai penunjuk bagi asid dan alkali
Luas
Area
Jumlah permukaan yang diliputi oleh suatu objek




M                                                                         Kembali
Masalah
Problem
Situasi yang sukar ditangani
Membran sel
Cell membrane
Lapisan nipis yang meliputi sel
Menganggarkan
Estimate
Membuat penilaian hampiran
Menghembus nafas
Exhale
Mengeluarkan udara daripada peparu
Meramalkan
Predict
Membuat pernyataan tentang masa hadapan
Merkuri
Mercury
Logam berat yang berkeadaan cecair pada suhu bilik dan digunakan dalam termometer
Meter (m)
Metre
Unit S.I. bagi panjang
Mikroorganisma
Microorganism
Organisma yang sangat seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar
Mikroskop
Microscope
Alat saintifik yang digunakan untuk membesarkan imej objek seni
Mineral
Mineral
Mineral ialah unsur atau sebatian yang terdapat secara semula jadi di dalam kerak bumi
Molekul
Molecule
Terdiri daripada gabungan sekumpulan atom
Mudah terbakar
Flammable
Senang menyala
Mulur
Ductile
Boleh ditarik menjadi dawai




N                                                                         Kembali
Neraca spring
Spring balance
Alat yang digunakan untuk menyukat berat sesuatu objek
Neraca tuas
Lever balance
Alat yang digunakan untuk menyukat jisim sesuatu objek
Newton (N)
Newton
Unit S.I. bagi daya
Nitrogen
Nitrogen
Gas yang tidak berwarna dan tidak berbau yang membentuk 78% daripada atmosfera Bumi; ia adalah juzuk penting dalam protein, asid nukleik dan molekul biologi yang lain
Nukleus
Nucleus
Bahagian sel yang mengawal semua aktiviti sel



O                                                                         Kembali
Oksigen
Oxygen
Gas yang tidak berwarna, tidak berasa dan tidak berbau yang diperlukan untuk pernafasan dan pembakaran
Organ
Organ
Sekumpulan tisu yang berlainan yang bekerjasama untuk menjalankan fungsi tertentu
Organisma
Organism
Benda hidup
Organisma multisel
Multicellular organism
Organisma yang terdiri daripada banyak sel
Organisma unisel
Unicellular organism
Organisma yang terdiri daripada satu sel
Ozon
Ozone
Gas yang berbau sengit yang terbentuk daripada oksigen yang menyerap cahaya ultraungu daripada Matahari







P                                                                         Kembali
Panjang
Length
Jarak antara dua titik
Peleburan
Melting
Perubahan keadaan jirim daripada pepejal kepada cecair
Pembakaran
Combustion
Tindak balas bahan dengan oksigen secara kimia yang membebaskan tenaga haba dan cahaya
Pembekuan
Freezing
Perubahan keadaan jirim daripada cecair kepada pepejal
Pemboleh ubah
Variable
Keadaan atau faktor yang boleh berubah dalam suatu eksperimen
Pemejalwapan
Sublimation
Perubahan keadaan jirim daripada pepejal kepada gas atau sebaliknya tanpa menerusi keadaan cecair
Pemeliharaan
Preservation
Perbuatan menjaga sesuatu supaya tidak berubah atau tidak memudaratkan
Pemerhatian
Observation
Perihal memerhatikan suatu objek atau keadaan
Pemuliharaan
Conservation
Perlindungan benda-benda semula jadi seperti haiwan liar, hutan atau pantai supaya tidak dibinasakan
Pencemaran udara
Air pollution
Sejenis pencemaran yang mempengaruhi respirasi dan udara persekitaran
Pendidihan
Boiling
Perubahan keadaan jirim daripada cecair kepada gas yang berlaku pada takat didih
Pengecutan
Contraction
Proses menjadi semakin kecil (biasanya berlaku semasa penyejukan)
Pengelasan
Classification
Proses membahagikan hidupan ke dalam kumpulan berdasarkan sifat-sifat atau ciri-ciri umum
Pengembangan
Expansion
Proses menjadi semakin besar (biasanya berlaku semasa pemanasan)
Pengkhususan sel
Cell specialisation
Perubahan bentuk dan struktur sel untuk menjalankan fungsi yang berlainan
Penimbang
Balance
Alat untuk menyukat jisim
Penunjuk
Indicator
Pencelup yang berubah kepada warna yang berlainan untuk menunjukkan sama ada sesuatu larutan berasid atau beralkali
Penyejatan
Evaporation
Perubahan keadaan jirim daripada cecair kepada gas yang berlaku pada sebarang suhu
Penyerapan
Absorption
Proses di mana suatu bahan atau objek mengambil masuk cecair, gas atau haba
Penyiasatan
Investigation
Penyelidikan atau kajian yang rasmi
Pepejal
Solid
Keadaan jirim yang mempunyai bentuk dan isi padu yang tetap
Perbezaan
Difference
Cara sesuatu benda atau seseorang berlainan dengan yang lain
Permukaan
Surface
Lapisan luar suatu bahan
Perolakan
Convection
Proses pengaliran haba yang berlaku dalam bendalir oleh zarah-zarah gas atau cecair yang bergerak
Persekitaran
Environment
Dunia darat, laut dan udara yang kita hidup di dalamnya
Petroleum
Petroleum
Minyak yang diperoleh dari tanah dan digunakan untuk menghasilkan petrol; juga dipanggil minyak mentah
Piawai
Standard
Aras kualiti atau kemahiran yang diterima
Protoplasma
Protoplasm
Terdiri daripada nukleus dan sitoplasma dalam sel-sel haiwan dan tumbuhan






R                                                                         Kembali
Ralat
Error
Kesilapan terutamanya sesuatu yang menyebabkan masalah
Rapuh
Brittle
Keras tetapi mudah pecah
Reput
Decay
Mengalami penyusutan beransuransur dalam saiznya
Respirasi sel
Cell respiration
Proses yang membebaskan tenaga daripada makanan dalam sel-sel organisma hidup




S                                                                         Kembali
Saat
Second
Unit S.I. bagi masa
Sains
Science
Kajian sistematik alam
Sap sel
Cell sap
Cecair yang terdapat dalam vakuol sel tumbuhan; ia mengandungi air dan bahan-bahan terlarut seperti gula dan garam
Sebatian
Compound
Bahan yang terdiri daripada dua atau lebih unsur yang bergabung bersama secara kimia
Sel
Cell
Unit asas benda hidup
Sel suria
Solar cell
Alat yang menukarkan tenaga suria kepada tenaga elektrik
Sentimeter (cm)
Centimetre
Unit S.I. bagi unit metrik panjang
Sinaran
Radiation
Proses pengaliran haba dari satu sumber haba ke kawasan di persekitarannya dalam bentuk gelombang tanpa melibatkan medium
Sistem
System
Sekumpulan organ-organ yang bekerjasama menjalankan fungsi yang tertentu
Sitoplasma
Cytoplasm
Semua bahagian hidup sel haiwan dalam sel membran kecuali nukleus
Suhu
Temperature
Sukatan kepanasan atau kesejukan sesuatu objek
Sumber
Source
Dari mana sesuatu tempat, seseorang atau benda itu berasal
Sumber tenaga yang boleh diperbaharui
Renewable energy source
Sumber tenaga yang boleh ditambah lagi apabila ia telah habis digunakan
Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui
Non-renewable energy source
Sumber tenaga yang tidak boleh ditambah lagi dan akan kehabisan pada satu hari nanti






T                                                                         Kembali
Tanah
Soil
Lapisan atas Bumi di mana tumbuhtumbuhan membesar
Teknologi
Technology
Aplikasi pengetahuan saintifik untuk keperluan manusia
Tenaga angin
Wind energy
Tenaga yang dihasilkan oleh angin
Tenaga bunyi
Sound energy
Tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar
Tenaga cahaya
Light energy
Tenaga yang dihasilkan oleh kilat, benda panas, bahan terbakar atau daripada cahaya matahari
Tenaga elektrik
Electric energy
Tenaga yang dihasilkan oleh gerakan elektron
Tenaga geoterma
Geothermal energy
Tenaga yang dihasilkan oleh haba dalam Bumi
Tenaga hidroelektrik
Hydroelectric energy
Tenaga yang dihasilkan oleh kuasa air
Tenaga keupayaan
Potential energy
Tenaga yang tersimpan dalam suatu objek disebabkan oleh kedudukannya atau keadaannya
Tenaga nuklear
Nuclear energy
Tenaga yang dihasilkan oleh bahan radioaktif
Tenaga ombak
Tidal energy
Tenaga yang dihasilkan oleh ombak
Tenaga suria
Solar energy
Tenaga daripada Matahari
Tenega kinetik
Kinetic energy
Tenaga yang terkandung di dalam objek yang bergerak
Termometer
Thermometer
Alat yang digunakan untuk menyukat suhu
Tisu
Tissue
Sekumpulan sel-sel sama yang menjalankan fungsi yang sama
Toksik
Toxic
Mengandungi racun, atau disebabkan oleh bahan yang beracun




U                                                                         Kembali
Udara
Air
Bahan bergas yang mengeliling Bumi, suatu campuran yang sebahagian besarnya terdiri daripada nitrogen dan oksigen
Ukuran
Measurement
Panjang, keluasan atau isi padu sesuatu objek
Unit S.I.
S.I. Unit
Sistem unit antarabangsa bagi pengukuran saintifik
Unsur
Element
Bahan kimia ringkas seperti karbon atau oksigen yang terdiri daripada sejenis atom sahaja



V                                                                         Kembali
Vakuol
Vacuole
Ruang dalam sitoplasma sel tumbuhan yang mengandungi bahan terlarut



W                                                                        Kembali
Wap air
Water vapour
Titisan kecil cecair yang terapung dalam udara, contohnya kabus



Z                                                                          Kembali
Zarah
Particle
Bahagian kecil jirim

Search This Blog