Thursday, March 29, 2012



PANTAS


Bab 1: Pengenalan kepada Sains
1.1     Memahami sains adalah sebahagian daripada kehidupan harian
1        Apakah kejadian alam yang melibatkan benda hidup dan benda bukan hidup?
2        Beri tiga contoh fenomena semula jadi.
3        Namakan bidang pengetahuan yang berkaitan dengan dunia di sekeliling kita.
4        Nyatakan tiga cabangan sains.
5        Nyatakan tiga kerjaya yang berkaitan dengan sains.

1.2     Memahami langkah-langkah keselamatan dan radas dalam makmal sains    
          1    Namakan radas yang digunakan untuk
(a) mengisi kuantiti kecil cecair
(b) menyukat isi padu tetap cecair
(c) menyejat cecair
(d) menyukat isi padu suatu cecair
(e) menyukat secara tepat isi padu cecair
(f) menyokong radas seperti bikar apabila memanaskannya
(g) menyukat suhu
(h) memindahkan cecair ke dalam kelalang
(i) memegang tabung uji apabilanya dipanaskan
(j) memindahkan bahan pepejal kimia


1.3     Memahami langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik
1        Apakah yang terbentuk jika hipotesis diterima selepas menjalankan eksperimen?
2        Apakah yang boleh dilakukan jika hipotesis yang terbentuk ditolak?
3        Nyatakan dua jenis pemboleh ubah yang dihubungkaitkan semasa pembentukan hipotesis.
4        Nyatakan tiga jenis pemboleh ubah.
5        Suatu eksperimen dijalankan untuk mengkaji hubungan antara jangka masa pemanasan dan suhu suatu cecair. Keputusan yang diperolehi dicatatkan dalam jadual di bawah. Nyatakan jenis pemboleh ubah yang ditunjukkan oleh masa dan suhu.
Masa
Suhu
10
35
20
45

Masa: ……………………………………………………………………..
Suhu: ……………………………………………………………………..

1.4     Mengetahui kuantiti fizik dan unitnya
1   Nyatakan unit SI dan simbol bagi
(a)  jisim
(b)  panjang
(c)   masa
(d)  suhu
(e)  arus elektrik
2   Beri simbol imbuhan bagi
(a)  mega
(b)  kilo
(c)   senti
3   Nyatakan nilai imbuhan bagi
(a)  kilo
(b)  mega
(c)   desi
(d)  mili
4   Tulis 1 000 km dalam bentuk piawai.
5   Tulis 5 000 g dalam bentuk imbuhan.

1.5     Memahami penggunaan alat pengukuran
1        … ialah jarak antara dua titik.
2        Apakah yang boleh digunakan untuk mengukur lebar sebuah buku?
3        Apakah yang boleh digunakan untuk mengukur panjang bilik darjah?
4        Apakah yang boleh digunakan untuk mengukur panjang garis lengkung?
5        Namakan peranti yang berikut. 
 
6        Namakan alat yang boleh digunakan untuk menyukat diameter dalam bikar.
7        Namakan alat yang boleh digunakan untuk menyukat diameter luar silinder penyukat.
8        … ialah jumlah permukaan yang diliputi oleh sebuah objek.
9        Apakah yang boleh digunakan untuk menganggar luas permukaan bentuk tidak sekata?
10   Apakah luas permukaan anggaran daun di sebelah kanan?
11   … ialah jumlah ruang yang ditempati oleh sebuah objek.
12   Nyatakan tiga radas yang boleh digunakan untuk menyukat isi padu cecair.
13   Nyatakan dua radas yang boleh digunakan untuk menyukat isi padu cecair dengan tepat.
14   Nyatakan satu langkah berjaga-jaga apabila menggunakan silinder penyukat untuk mengambil bacaan isi padu cecair.
15   Paras mata yang manakah betul semasa mengambil isi padu cecair yang berikut?

16   Apakah cara yang boleh digunakan untuk menyukat isi padu pepejal yang tenggelam atau terapung di dalam air? 
17   Tentukan isi padu pepejal.
      

     Isi padu batu = ……………………………………………………….
     Isi padu gabus = ……………………………………………………..
18   Cadangkan dua alat yang boleh digunakan untuk menyukat panjang sungai pada peta.
19   Berapakah isi padu air?
    
20   Berapakah isi padu merkuri?
    

1.6     Memahami konsep jisim
1        Nyatakan dua alat yang boleh digunakan untuk menyukat jisim objek.
2        Nyatakan dua alat yang boleh digunakan untuk menyukat berat objek. 
3        Nyatakan sejenis neraca jisim yang memberi bacaan yang sangat tepat.
4        Apakah unit sukatan jisim? 
5        Apakah unit sukatan berat?
6        Yang manakah dipengaruhi oleh daya graviti, jisim atau berat?
7        Nyatakan unit SI bagi berat.
8        Suatu objek mempunyai jisim 5 kg di Bulan. Anggarkan jisim objek di planet Musytari. Beri sebab bagi jawapan anda.
9        Terangkan mengapa berat suatu objek berbeza di tempat yang berlainan?
10   Apakah kuantiti jirim yang terdapat dalam suatu objek?
11   Nyatakan unit SI bagi jisim dan simbolnya.
12   Apakah simbol newton?
13   Apakah kegunaan neraca spring?
14   Apakah kegunaan neraca tuas?


No comments:

Post a Comment

Search This Blog